Sunday, June 22, 2014

BISKUT MARBLE COKLAT MUDAH DAN SEDAP

bahan-bahan:

300 gram mentega
150 gram gula ising
80 gram susu tepung
380 gram tepung gandum
50 gram serbuk badam

Topping coklat:

500 gram coklat masakan dicairkan
100 gram coklat masakan putih dicairkan.

cara membuatnya:

1.dulang pembakar 12x12 inci.Griskan dan lapik kertas serap minyak.Lebihkan kertas di dua-dua bahagian supaya mudah dikeluarkan nanti.
2.satukan gula aising,susu tepung,serbuk badam dan tepung gandum dalam satu mangkuk dan gaul sebati.
3.masukkan mentega dan gaul dengan jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.Uli perlahan hingga menjadi doh lembut.
4.ratakan doh dalam dulang dan tekan agar padat.Gunakan kayu penggelek untuk meratakannya.
5.cucuk permukaan biskut dengan garfu agar tidak menggelembung.Bakar selama 30 minit hingga bertukar warna perang.Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
6.cairkan coklat dengan kaedah double boiler.Tuangkan coklat dan ratakan.Masukkan coklat putih dalam piping bag dan paipkan melintang atas coklat td.
7.ambil sebatang lidi,dan lorekkan kebawah pula untuk membentuk corak marble.
8.masukkan biskut ke dalam peti sejuk selama 20 minit.Keluarkan biskut dan potong dengan pisau tajam mengikut saiz yang dikehendaki.

BISKUT TAT NANAS GULUNG GEBU

Bahan-bahannya:

250 gram mentega
300 gram tepung gandum
50 gram tepung kastard
20 gram susu tepung
30 gram gula ising
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
1 cawan jem nanas

untuk glis:

1 biji kuning telur
1 sudu kecil air
sedikit pewarna kuning telur

cara membuatnya:

1.mentega,gula dan garam dipukul hingga kembang.masukkan telur dan esen vanila dan pukul sebati.
2.tepung gandum diayak bersama tepung kastard,susu tepung dan serbuk penaik.
3.gaulkan campuran tepung ke dalam adunan mentega hingga menjadi adunan yg lembut(agak lembik).
4.sediakan acuan,masukkan adunan ke dalam acuan dan tekan diatas sehelai plastik.Pastikan corak yg berjalur terletak di bahagian bawah.
5.potong sepanjang 2-3 inci.Bulatkan jem nanas dan letakkan dibahagian pangkal.Gulung adunan tersebut.Susun atas dulang pembakar.Buat sampai habis.
6.untuk menyapu glis pada biskut,ambil 1 biji kuning telur,campurkan dengan 1 sudu kecil air dan pewarna kuning telur.
7.dengan menggunakan berus pastri,sapukan pada permukaan biskut.
8.bakar selama 20 minit.Sejukkan sebelum disimpan.

Wednesday, April 9, 2014

BISKUT ALMOND LONDON

bahan-bahan:

250 gram mentega
130 gram gula halus
400 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex
1 biji telur
1/2 teh esen vanila
150 biji badam dibakar
100 gram badam cincang,dibakar
150 keping cawan kertas bewarna hitam
50 gram nestum
500 gram coklat masakan
1 sudu teh mentega koko(coco butter)

cara-cara:
1.ayakkan semua tepung,serbuk penaik dan emplex,ketepikan.
2.putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.masukkan esen vanila dan telur,putar hingga sebati.
3.pindahkan adunan mentega tadi ke dlm mangkuk yg lebih besar.masukkam tepung sdikit demi sdikit dan gaul hingga doh yang cukup basah,rehatkan doh selama 30min dlm peti sejuk.
4.ambil sdikit doh bulatkan dan masukkan badam.buatkan bentuk bujur.
5.susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 min@ hingga masak.
6.untuk membuat topping,cincang coklat menjadi ketulan kecil.masak coklat cara double boiler.kacau hingga coklat cair,masukkan mentega koko dankacau lagi hingga sebati.celupkan biskut dan angkat dgn garfu.
7.letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan dgn badam cincang.biarkan coklat beku sebelum menyimpan.

TIP:cara menggaul adunan hendaklah dgn hujung jari shj bukannya menguli,untuk mengelakkan biskut jadi keras.

POPIA NESTUM

bahan-bahan:

1 bungkus kulit popia
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan gula halus(dikisar)
1 cawan nestum(dikisar)
lidi untuk menggulung
minyak untuk menggoreng
tepung gandum sbg pelekat

cara-cara:

1.gulung popia gunakan lidi sate
2.gulung hingga habis,tinggalkan 1-2cm utk gamkan dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sdikit air.
3.buat hingga habis 1 paket.
4.sementara itu ttup bkas popia yg digulung td dgn kain lembap supaya tidak kering utk memudahkan dipotong nti.
5.potong serong jarak 1-2cm.
6.goreng dgn api perlahan.
7.angkat dan toskan minyak.
8.gaulkan dgn kelapa kering,gula dan nestum.

Tuesday, April 8, 2014

BISKUT NESTUM


bahan-bahan:

3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
minyak sapi(ikut lembut)

cara-cara:

1.minyak sapi dicairkan terlebih dahulu dan sejukkan sebantar.
2.gaulkan semua bahan,kemudian masukkan minyak sapi sehingga menjadi doh.
3.teraplah dengan acuan ikut citarasa.
4.sapukan kuning telur di atasnya sblm bakar kemudian bakar pada suhu 170c sehingga masak.

BISKUT SAMPERIT

bahan-bahan:

1 cawan mentega
3/4 cawan gula halus
1 biji  telur
1 sudu teh esen vanila
secubut garam
satukan:
1 1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung kastard
1 sudu teh baking powder

cara-cara:

1.pukul mentega dan gula hingga rata.
2.masukkan telur dan esen vanila dikacau lagi hingga sebati.
3.masukkan tepung2 yang disatukan dan masukkan juga sedikit garam,gaul sebati.
4.canai dan terap dengan acuan,bakar dgn suhu 170c hingga masak.

KUIH BATANG BURUK POPIA


bahan-bahan:

utk kulit:
1 bungkus kulit popia(saiz besar)
1 biji putih telur(utk lekatkan kulit popia)
minyak untuk menggoreng

utk inti:
1/2 kg kacang hijau
1/2 gelas gula
1 paket susu tepung

cara-cara:

1.kulit popia dipotong empat secara memanjang dan menegak.
2.gulung dengan menggunakan hujung pen dan lekatkan dengan putih telur sehingga mendapatkan bentuk silinder.
3.biarkan kering sebentar dan goreng menggunakan minyak.
4.inti:kacang digoreng tanpa minyak,kemudian kisar kacang hingga halus dan ayak hingga menjadi tepung.
5.di bahagian lain,kisar gula tadi seterusnya gaulkan tepung kacang hijau,gula dan susu tepung.
6.masukkan inti yang digaul td kedalam kulit yang telah digoreng.sedia utk dihidang.

BISKUT BUAH PINGGANG

bahan-bahan:

1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 cawan cornflakes
1 cawan biskut marie
1 cawan tepung kek
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan cornflakes(topping)
1 biji kuning telur
1 biji putih telur(topping)

cara-cara:

1.pukul mentega dgn gula halus hingga kembang.
2.masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3.masukkan kesemua jenis tepung dan gaul sebati.
4.canai dan terapkan dengan acuan bentuk lapan.
5.sapukan putih telur di atasnya dan taburkan dgn cornflakes hancur.
6.kemudian bakar pada suhu 180c selama 10 minit.

BISKUT MAZOLA

bahan-bahan:

300 gram tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan kacang tanah(di goreng tanpa myk dan di blend)
1 biji kuning telur
1/2 botol kcil minyak mazola

cara-cara:

1.gaulkan tepung gandum,serbuk kacang dan gula.
2.masukkan minyak mazola sambil digaul sehingga menjadi doh.
3.setelah itu bentukkan ikut citarasa.bulat2kan pn boleh,sapukan dgn kuning telur diatasnya.
4.bakar hingga masak.

Thursday, April 3, 2014

KOLEKSI RESEPI KUIH RAYA

assalam....dh lama tak nulih resepi...maklumla penyakit m.a.l.a.s menyerang...ngee ngee..tak lama lg kita akan menyambut blan puasa..oleh kerana itu kak zah nak kongsi resepi kuih muih utk persiapan raya nti..zaman skrg semua benda naik harga..utk mnjimatkan kos meh la kita wat sndiri kuih raya..paling pnting air tangan kita tue pengikat kasih sayang...hehe..kak zah dok merepak apa ni..dh mcm nak jd motivasi plak..di bawah ni k.zah kongsikan resepi kuih raya yang menjadi feberet semua k.zah rasa..tmasukla diri kak zah sndiri...jemputla sgah blog kak zah ni ye...

Monday, March 17, 2014

KEK LAPIS TEMBIKAI KUKUS LAZAT

bahan-bahan:

230 gram mentega
5 biji telur
1/2 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum/tepung hongkong
3/4 gelas horlick
3 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan seri kaya
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah
pewarna hijau/pandan emulco
coklat chip/kismis(dipotong kcil)

cara-cara:

1.panaskan pengukus dan glis rata loyang dgn mentega dan ditabur tepung sehingga rata.
2.dalam bekas lain,pukul mentega bersama gula hingga putih/kembang kemudian masukkan telur satu per satu.pukul sehingga sebati.
3.kemudian masukkan esen vanila,susu pekat manis,serikaya,dan horlick.pukul sebati menggunakan kelajuan sederhana.
4.masukkan tepung sambil diayak kedalam adunan,kacau sehingga sebati.
5.bahagikan adunan kepada 3 bahagian-3 senduk utk warna hijau,2 senduk utk tanpa warna,dan selebihnya utk warna merah.(gaul bersama kismis/coklat chip yg digaul dgn sedikit tepung.
6.kukus dahulu warna hijau 3 lapis.tutup permukaan loyang dgn aluminium foil.
7.apabila permukaan kek agak kering(jgn tunggu menggelembung).lapis lg dgn warna asal 2 lapis.uji dgn lidi masak atau tak lapisan td.
8.ulangi langkah tersebut utk melapis warna merah sampai habis.kukus sehingga masak(klu bahagian tepi kek dah renggang dari loyang itu tandanya kek dah masak.
9.keluarkan dan sejukkan.sedia dihidang.

Friday, March 14, 2014

MUFFIN COKLAT SIMPLE DAN CEPAT

bahan-bahan:(anggaran dlm 10 biji)

200 gram coklat masakan
70 gram mentega
2 biji telur
50 gram gula halus
60 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

cara-cara:

1.cairkan coklat masakan kaedan double boiler.kemudian masukkan mentega.kacau sehingga mentega cair,ttp api,ketepikan.panaskan oven dgn suhu170c.
2.dalam bekas lain,masukkan telur dan gula,kacau sebati xperlu sampai kembang.
3.masukkan telur ke dalam mangkuk coklat.kacau sampai campuran sebati.
4.ayakkan tepung ke dalam mangkuk coklat.gaul sebati.
5.isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh.bakar selama 20 minit.

AGAR-AGAR LAICI MUDAH

bahan-bahan:

1 paket agar-agar
1500 ml air
1 1/2 cwn gula
1 tin susu cair 1 tin laici
 secubit garam

cara-cara:

1.dalam periuk,,masukkan air dan agar-agar,masakkan sehingga agar-agar larut.
2.kemudian masukkan gula,bila gula dah larut tutup api,angkat dan tapiskan.
3.masukkan semula ke dalam periuk dan masak semula.
4.blend laici bersama airnya sehingga hancur.
5.kemudian masukkan susu cair,garam dan laici yang di blend td,kacau rata.
6.tuangkan ke dalam acuan,biar ia beku dan sedia dihidang.

KEK KENTANG

bahan-bahan:

250 gram kentang(direbus dan dilenyek)
250 gram santan/susu segar
4 biji telur
200 gram gula pasir
200 gram tepung gandum
50 gram butter dicairkan
100 gram kismis
1 sudu kecil esen vanila

cara-cara:

1.kentang digaul bersama santan sehingga rata.
2.pukul telur dan gula hingga kembang,masukkan tepung,butter adunan kentang,kacau sebati.
3.masukkan adunan ke dalam loyang,letakkan kismis.
4.bakar selama 50 minit dgn suhu 180c.

KEK CARROT WALNUT YUMMY

bahan-bahan:

3 batang carrot diparut
4 biji telur
1 cwn minyak sayuran
1 1/2 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala(nutmeg)
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
1 cwn kacang walnut yg dicincang

cara-cara:

1.panaskan oven170c.sapukan sedikit minyak pada loyang.
2.campurkan tepung,baking powder,serbuk kayu manis,serbuk nutmeg,garam dan ayak.
3.pukul telur dan gula sehingga sebati,setelah sebati masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4.masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
5.masukkan esen vanila,parutan carrot dan walnut cincang.kacau sebati,tuangkan ke dalam loyang.
6.bakar lebih kurang 40 minit-1 jam.

Thursday, March 13, 2014

PUDING KARAMEL

bahan-bahan:

7 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 cwn air
3 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula

cara-cara:

1.campur dalam blender-telur,susu pekat,susu cairdan esen vanila(blend skejap sja)
2.masukkan gula dlm loyang dan masak atas api sehingga hangus(agar-agar warna keperangan),kemudian ttp api.ketepikan.
3.tuang bahan yang dah diblend td ke dalam loyang-tapis adunan.
4.kukus selama 45 minit,jangan dibuka selalu penutup kukus nanti puding tak gebu.
5.selepas dah masak,biarkan sejuk,barulah diterbalikkan puding..nak lg sedap simpan dalam peti sejuk dlu sebelum makan.

Sunday, March 9, 2014

PUDING ROTI KARAMEL LAPIS COKLAT

bahan-bahan:

3 sudu besar gula-dijadikan gula halus
4 keping roti gardenia
3 biji telur- dipukul perlahan dan ditapis
2 cwn air suam
3/4 cwn susu pekat manis
sedikit esen vanila
1 sudu teh tepung jagung
bahan utk coklat:
1 sudu teh coklat emulco 
1 sudu teh pewarna kuning

cara-cara:

1.masak gula hangus spt biasa dalam loyang.ketepikan.
2.panaskan kukusan,sementara itu,kisar roti bersama air suam dan susu.
3.selepas itu,masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan juga esen vanila.
4.masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
5.bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6.bahagian pertama,campurkan sedikit pewarna kuning. bahagian kedua dicampurkan dgn coklat emulco
7.masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus td.kukus selama 15 minit.
8.selepas itu,tuangkan  adunan coklat td dgn perlahan .tambahkan masa kukusan 15 minit lg @ sehingga masak.

MUFFIN VANILA PALING SONANG

bahan-bahan:(2 dozen muffin)

8 sudu besar mentega-dicairkan
4 cwn tepung gandum
2 cwn gula
2 cwn susu segar/susu cair
4 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu besar esen vanila

cara-cara:

1.gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.bakar selama 20 minit dgn suhu 180c.

POPIA GORENG SIMPLE

bahan-bahan:

1 paket kulit popia
10 biji cili kering
300 gram udang kering
2 sudu gula/secukup rasa
 sedikit garam

cara-cara:

1.cili kering dan udang kering direndam dalam air suam untuk seketika,kemudian toskan.
2.kemudian blend udang kering tanpa air.ketepikan.
3.cili kering diblend barsama sedikit air dan gula.
4.udang kering yang diblend td digoreng atas kuali tanpa minyak.
5.guna api kecil semasa menggoreng udang kering.
6.bila udang  sudah hampir kering,masukkan cili.
7.tambah garam secukupnya.
8.gaul sebati hingga masak.
9.kemudian bolehla diisi dalam popia,tgu inti sejuk dulu.

KEK SPAN LEMBUT DAN GEBU

bahan-bahan:

4 biji telur
120 gram gula halus
100 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
50 ml susu segar + 1sudu teh esen vanila
50 gram butter/marjerin(dicairkan)

cara-cara:

1.panaskan oven dgn suhu 170c selama 10 minit.
2.sementara itu pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dgn mixer pada kelajuan paling tinggi secara double-boiler. pukul sehingga adunan naik 2-3kali ganda,selama 6 minit.
3.ayak tepung gandum dan tepung jagung dan baking powder dlm satu bekas.
4.kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur,berselang seli dgn susu segar.mulakan dgn campuran tepung dan akhiri juga dgn tepung.
5.ambil sedikit adunan,campurkan ke dalam butter yang dicairkan td. gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal.kaup balik hingga rata.
6.tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dgn suhu 170c selama 30-35 minit.

KUIH PAU



bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
1/2 cwn gula pasir
1/4 cwn minyak jagung/minyak masak
1 1/4 cwn air suam
Inti:
2 genggam kacang hitam/merah
 sudu gula pasir
sedikit minyak

cara-cara:

1.inti: rendam kacang semalaman.kemudian rebus kacang bersama gula sehingga lembut.setelah air agak kering,masukkan sedikit minyak.rebus sehingga air kering. sejukkan.
2.larutkan gula dgn air suam.
3.dalam mangkuk lain,satukan tepung,yis dan minyak jagung.tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
4.bahagikan doh kepada 1 bebola kecil.letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung.biarkan doh selama 10 minit.
5.bulatkan-bulatkan doh,leperkan dan isikan inti. tutupkan,lapiskan dgn kertas yg telah dipotong kecil mengikut saiz doh,kalau nak guna daun pisang pn boleh.selepas itu biarkan selama 40 minit.
6.panaskan periuk pengukus,kukuskan pau selama 10 minit.

Saturday, March 8, 2014

KEK KEJU MUDAH

bahan-bahan:

250 gram cream cheese
200 cream/whipping cream(1 kotak)
100 gram gula kastor
15 gram gelatin
100 ml air suam
blue berry filling

base:
200 gram biskut marie
100 gram butter dicairkan
-biskut marie dihancurkan halus.
-kemudian gaulkan dgn butter cair sehingga cukup padat dan boleh dipadat dan dikepal.
-kemudian masukkan adunan biskut ini kedalam bekas yg sesuai.
-sejukkan selama 30 minit-1jam di dalam peti sejuk.

filling:
-putar  cream cheese bersama gula kastor hingga kembang.
-setelah kembang,masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut dan sebati,ketepikan.
-bancuh gelatin bersama air suam.
-masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese td.gaul semua bahan sehingga cukup mesra.
-tuang adunan cream cheese td ke atas base.
-sejukkan di dalam peti sejuk dan bila dan keras,keluarkan dan hias dgn blueberry filling.
SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, March 7, 2014

PUDING JAGUNG

bahan-bahan:

1 cwn tepung kastard
1 1/2 cwn susu cair/santan
3/4 cwn gula
2 cwn air
1 cwn jagung manis/1 tin jagung manis

cara-cara:

1.campurkan tepung kastard,gula,susu,jagung dan air.
2.kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga cukup sebati dan masak.
3.masukkan ke dlm acuan dan biarkan sejuk.

Thursday, March 6, 2014

murtabak segera

bahan-bahan:

100gram daging cincang
2 biji ubi kentang
1 1/2 sudu besar rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit daun sup
1 sudu kecil garam dan sedikit perasa
kulit popia
2 biji telur

cara-cara:

1.mula2 buatkan inti utk murtabak.caranya ialah bawang besar dan bawang putih dipotong dadu,tumiskan bawang.
2.apabila bawang sudah layu,masukkan rempah kari yang telah dinancuh dgn air.kacau hingga pecah minyak,kemudian masukkan daging cincang.
3.apabila daging dah masak,masukkan kentang yang dipotong dadu td.masukkan garam dan serbuk perasa.jika terlalu kering,tambahkan air.masak hingga kentang empuk,akhir sekali masukkan daun sup.
4.pukul telur di dlm mangkuk,masukkan inti tersebut ke dlm telur.kacau sehingga sebati.
5.ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segi empat.cara bungkus murtabak sama spt bungkus popia.
6.goreng murtabak dgn apu perlahan.
DAH SIAP...

tepung pelita mudah dan cepat

bahan-bahan:

1 cwn tepung beras
1 cwn gula
5 cwn air daun pandan dari 5 helai daun pandan
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah menjadi 4 cwn santan
sedikit kapur dan sedikit garam

cara-cara:
1.tepung,air daun pandan dan air kapur dibancuh,kacau hingga sebati.
2.dalam bekas lain,masukkan santan,tepung yang 4 sudu td,dan garam.kacau sebati,ketepikan.
3.masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga likat dan berkilat.
4.bila dah masukkan dalam acuan yang disukai,klu dlm daun pisang lg sedap.
5.masak santan yang di adun td dan kacau hingga pekat.
6.angkat adunan dan curah ke atas tepung yang didalam acuan td.
7.sejukkan dan boleh dihidang.

KEK MARBLE MUDAH



bahan-bahan:


1 cwn mentega/marjerin
2 biji telur
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
*diayak bersama
pewarna dan perisa ikut suka

cara-cara:
1.putar mentega bersama gula sampai kembang.
2.kemudian masukkan telur satu per satu.
3.lepastu boleh masukkan tepung.kacau sebati.
4.bahagikan adunan kepada 3 bahagian.setiap satu letakkan pewarna dan perisa yg digemari.
5.lengserkan loyang dgn marjerin.letak adunan sesudu demi sesudu secara berselang.buat hingga habis.
6.bakar adunan pada suhu 170c selama 30-40 min @ sehingga masak.





PUDING KARAMEL TANPA TELUR

bahan-bahan:

A-gula 2 senduk(guna senduk nasi)
B-serbuk agar-agar 1 paket (7g)-klu agar-agar biasa 1/2 paket kcil
air 4 cwn
gula 2 1/2 senduk
C-susu cair 1 tin
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu esen vanila
*campur sebati semua bahan C

cara-cara:

1.hanguskan gula spt. buat karamel..buat dlm acuan,bila dh agak perang tuang air sedikit.pastu ketepikan.
2.dalam periuk,didihkan bahan B.
3.kecilkan api,masukkan bahan C.
4.kacau rata lebih kurg 3 minit@ sehingga adunan likat dan pekat.
5.matikan api,tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus td.
6.bekukan dlm peti sejuk dan hidang.

kuih lompat tikam

bahan-bahan:

Lapisan atas:
1 cwn tepung beras
4 cwn air daun pandan
sedikit kapur

Lapisan bawah:
1/2 cwn tepung beras
4 cwn santan
sedikit garam

cara-cara:

1.kedua2 bahan diatas kacau smpai pekat.
2.masukkan kedalam bekas.
3.biarkan beku,kemudian hidangkan bersama air gula merah.
SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, March 5, 2014

KEK GULA HANGUS SODAP DAN SIMPLE

bahan-bahan:

1 cwn gula
1 cwn air panas
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
2 sudu teh soda bicarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

cara-cara:

1.masak gula dgn api sederhana hingga hangus.
2.masukkan air secara perlahan-lahan dan masak lg hingga gula cair.
3.masukkan mentega.sejukkan.ketepikan dulu,
4.pukul telur hingga btul2 kembang dan pekat,
5.masukkan susu pekat ke dalam telur td dan kacau sbati.
6.masukkan pula tepung dan soda.sebatikan.
7.akhir sekali masukkan air gula yang dah sejuk td.
8.perap adunan selama lebih kurang 3-4jam.
9.bakar selama 1 jam dgn suhu 160-180c.

kek pelangi mudah

bahan-bahan:

3/4 cawan gula halus
1 cwn marjerin
2 cwn tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellet
1 sudu teh esn vanila
1/4 cwn susu pekat
pewarna yg disukai

cara-cara:

1.putar gula dan marjerin sampai kembang.
2.masukkan ovellet dan putar sampai gebu.
3.masukkan telur satu per satu dan putar sampai kembang dan gebu.
4.ayak tepung dan baking powder terus masukkan ke dalam adunan bersama esen vanila dan susu pekat.terus diputar hingga gebu.
5.kemudian letakkan warna ikut citarasa masing2.
6.lapiskan warna secara selang seli sesudu demi sesudu diatas setiap lapisan.
7.bakar dlm kepanasan 160c selama 4 minit@ hingga masak.

KEK KEJU GEBUS DAN CAIR DIMULUT

BAHAN2NYA:

bahan A:
250gram cream cheese
50 gram butter
200 ml susu cair
satu sudu kcil paste lemon
1 cwn yogurt
1/2 cwn gula halus

bahan B:
1/2 cwn tepung jagung
3/4 cwn tepung kek
 
bahan C:
 5 biji telur
 1/2 cawan gula halus
1 sudu kcil cream of tartar

CARA2NYA:

1.double boilkan bahan A.
2.bila dh pekat dan tak bergentel ketepikan dan sejukkan.
3.ayak bahan B dan masukkan ke dlm bahan A.
4.whisk hingga licin.
5.pukul bahan C hingga kental.
6. kaup balikkan ke dlm adunan td hingga rata,buat perlahan utk dapatkan teksturnya yg gebus..
7.bakar secara bain marie dlm oven yg tlah dipanaskan 160c selama lbih kurang 1 jam.pakai tin 9 inci.
SELAMAT MENCUBA!!!

kek coklat kukus marbeles

bahan2nya:

bahan A:
2 cwn tepung gandum
1cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat

bahan B:
2 cwn gula pasir
2 sudu nescafe
1 sudu teh garam
1 cwn air

bahan C:
4 biji telur
2 sudu susu pekat manis
1 cwn myk masak

cara2nya:

1.bahan A diayak bersama.
2.masak bahan B atas dapur hingga gula cair.
3.pukul bahan C hingga sebati.
4.masukkan bahan A dan B secara selang seli ke dalam bahan C hingga habis.
5.masukkan adunan ke dlm loyang yg disukai.
6.kukuslah selama 30 minit @ sehingga masak dgn api sederhana.
DAH SIAP...MUDAHKAN...SELAMAT MENCUBA!!!

seri kaya homemade mcm beli punya

bahan2nya:

3 biji telur
300ml pati santan
1 cwn gula
1 helai daun pandan
 sudu besar gula(utk dijadikan karamel)

cara-caranya:

1.masak gula hingga perang,dgn perlahan2 msukkan air pnas,kacau rata dan tutup api.biar suam.
2.satukan telur ,gula,dan pati santan. kacau rata hingga gula larut dan tapis.
3.masukkan kedlm periuk beserta karamel td,msukkan juga daun pandan.kacau sntiasa dgn api kcil.
4.kacau sehingga bancuhan pekat dan berkilat.matikan api,angkat dan sjukkan.
5.simpan dlm peti sejuk supaya tahan lebih lama.jgn lupa buangkan daun pandan..DAH SIAP!!

KEK PISANG MOIST

BAHAN2NYA:

4@5 biji pisang emas-dilenyek
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung @ minyak masak
4 biji telur

bahan diayak:
1 1/2 cwn tpung gandum
1 sudu kcil soda bicarbonat
1 sudu kcil baking powder

bahan lain:
1sudu besar jus limau nipis
1 sudu kcil esen vanilla

CARA2NYA:

1.panaskan oven  pd suhu 170c.lengser loyang dgn mentega dan sdikit tepung.ketepikan.
2.pukul gula,telur dan minyak dlm anggaran 3-5minit@hingga putih.masukkanpisang dan kacau rata.
3.masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.kacau sebati dgn menggunakan spatula.
4.masukkan esen vanilla dan jus limau,gaul sebati.
5.tuang dlm loyang dan bakar selama 45min-1jam atau sehingga masak.
6.siap utk dimakan..hehe..SELAMAT MENCUBA!!!


ROTI JALA

BAHAN2NYA:

3 cwn tepung gandum
3 1/2 cwn air
1 biji telur
sdikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin-dicairkan
1 sudu kcil garam
sdikit miyak(utk lengser pd kuali)

CARA2NYA:

1.campurkan semua bhn2 di atas menggunakan whisker hingga sebati.tapiskan.
2.panaskan kuali.lengserkan dgn sdikit minyak pada kuali.
3.dgn menggunakan acuan roti jala,ceduk adunan kemudian kirai atas kuali menjadi seperti jala.
4.biarkan ia masak.xperlu dibalikkan.trus sj angkat dan ltak di atas pinggan dan lipat/gulung.
5.buat step yg sama smpai habis.xperlu lengserkan kuali stiap kali nak wat roti jala,ckup skali sj.
6.pastikan stiap kali menceduk adunan dikacau dahulu supaya tepung xmendap dibawah.
7.hidangkan bersama kuah kari daging atau ayam atau apa2 saja..hehe
SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, March 4, 2014

PUDING TELUR BEROTI

BAHAN2NYA:

3 sudu besar gula(dijadikan gula hangus)
4 keping roti gardenia
3 biji telur(pukul sdikit dan tapis)
2 cwn air
1 cwn susu pekat manis
sdikit esen vanilla

CARA2NYA:

1.dgn menggunakan loyang,sdiakan gula hangus,kemudian ktepikan.
2.panaskan pengukus.
3.carik2kan roti kemudian blender brsama air dan susu.
4.kemudian masukkan telur yg ditapis td dan juga esen vanilla.
5.gaul semua bahan td,akhir skali masukkan kedlm loyang td.kukus shingga masak.
SELAMAT BERAMAL!!!

roti arab kebabom

bahan: anggaran 12biji

250gram tpung gandum
1 sudu kcil yis mauripan
1 sudu besar gula
1 sudu bsar myk masak
1 sudu besar marjerin/mentega
150ml air suam
 
cara2:

1.masukkan tpung,gula,myk,marjerin kedlm mangkuk..gaul.
2.dlm bekas lain,cmpurkan air suam dan yis,biarkan sbentar supaya yis mengembang.bla dh nmpak yis dh berbuih dlm air tu dh bleh cmpurkan kedlm adunan tpung td.
3.uli adunan sehingga xmelekat di jari.perap adunan lbih kurg 1 jam.
4.keluarkan adunan dr bkas,tumbuk2 utk buang udara,kmudian bentukkan bulat2..ikut citarasa nak bsar atau kcil.
5.canai adunan yg dibulatkan td setebal 1/2inci.
6.kmudian panaskan api,api btul2 pnas br goreng,biar dia kembung dulu baru alihkan roti.
7.siap suda roti arab kebabom...hehe..SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, January 30, 2014

TEPUNG PELITA VERSI KAK ZAH

Bahan-bahan:
Lapisan bawah: 
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tpung jagung
3/4 cawan gula
5 helai daun pandan diblender bsama 5cawan air
sdikit air kapur(jgn ltak byk nti pahit).

Lapisan atas:
4 sudu bsar tpung beras
1 sudu bsar tepung jagung
5 cawan santan
sdikit garam
Cara-cara;
1.tepung beras,air daun pandan,gula dan air kapur dicampur..kmudian kacau diatas api sehingga pekat dan berkilat.
2.tuang dlm acuan..klu dlm daun pandan @daun pisang lg sdap..
3.campurkan kesemua bhan lapisan bawah..kacau diatas api shingga pekat dan berkilat.
4.tuangkan diatas lapisan bwah td..sejukkan dan sedia tuk di ngap...hehe
SELAMAT BERAMAL....

Donat tanpa marjerin...homemade...macam kedai...hee


percbaan pertama untuk masukkan resepi dalam blog...hee..

donat sempoi...

bahan-bahan:
(11-17 bijik)
 ~1/2 sudu kecik garam
~2 sudu kecik ibu roti/yis
~2 sudu gula..
~tepung 250 gram
~1 bijik telur kuning
~1 sudu besar minyak masak(minyak sawit la...
~air dicampur susu tepung(1 sudu besar) dalam setengah gelas..
~

cara penyediaan...

1. gaul sebati tepung,gula,telur kuning garam dan minyak.
2. masukkan yis kedalam susu suam.tuang sedikit2 susu tersebut kedlm adunan tepung td..uli smpai tepung
    tak melekat ditgn.
3.rehatkan doh selama sejam didlm bekas bertutup.
4.keluarkan adunan..tumbuk2 supaya keluar angin.canai doh lbih kurg stengah inci kmudian tekap mggunakan acuan donat..(klu xda acuan guna gelas ngn tudung btol pn bleh)..
5.rehatkan doh lbih kurg 30 min.kemudian blehlah digoreng.pastikan myk panas kmudian kurgkan api apabila tgh masak. hias ikut citarasa masing2...resepi donat ni paling sdap dlm byk2 resepi yg kak zah pnah buat...selamat beramal...hehe

saya sebenarnya seorang penggemar kek tegar.........blog ini dinukilkan untuk perkongsian pencinta-pencinta kek tempatan dan seantero dunia ini...hee..hee..harap-harap dapatlah cik kak dan cik adik sekalian dapatlah mencuba resepi-resepi yang telah saya cuba....bolehlah kita makan kek buatan kita sendiri..he...baru pueh hati....kalau yang ada asben suka makan kek,lagilah dia syok,bini pandai wat kek,lagilah bertambah sayang...keh...keh...lagi untung kalau yg anak ramai...jimat belanja...anak pun dapat merasa kek air tangan ibu sendiri...betul tak..hehe...renung-renungkan dan selamat beramal...