Sunday, March 9, 2014

PUDING ROTI KARAMEL LAPIS COKLAT

bahan-bahan:

3 sudu besar gula-dijadikan gula halus
4 keping roti gardenia
3 biji telur- dipukul perlahan dan ditapis
2 cwn air suam
3/4 cwn susu pekat manis
sedikit esen vanila
1 sudu teh tepung jagung
bahan utk coklat:
1 sudu teh coklat emulco 
1 sudu teh pewarna kuning

cara-cara:

1.masak gula hangus spt biasa dalam loyang.ketepikan.
2.panaskan kukusan,sementara itu,kisar roti bersama air suam dan susu.
3.selepas itu,masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan juga esen vanila.
4.masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
5.bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6.bahagian pertama,campurkan sedikit pewarna kuning. bahagian kedua dicampurkan dgn coklat emulco
7.masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus td.kukus selama 15 minit.
8.selepas itu,tuangkan  adunan coklat td dgn perlahan .tambahkan masa kukusan 15 minit lg @ sehingga masak.

No comments:

Post a Comment