Wednesday, April 9, 2014

BISKUT ALMOND LONDON

bahan-bahan:

250 gram mentega
130 gram gula halus
400 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex
1 biji telur
1/2 teh esen vanila
150 biji badam dibakar
100 gram badam cincang,dibakar
150 keping cawan kertas bewarna hitam
50 gram nestum
500 gram coklat masakan
1 sudu teh mentega koko(coco butter)

cara-cara:
1.ayakkan semua tepung,serbuk penaik dan emplex,ketepikan.
2.putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.masukkan esen vanila dan telur,putar hingga sebati.
3.pindahkan adunan mentega tadi ke dlm mangkuk yg lebih besar.masukkam tepung sdikit demi sdikit dan gaul hingga doh yang cukup basah,rehatkan doh selama 30min dlm peti sejuk.
4.ambil sdikit doh bulatkan dan masukkan badam.buatkan bentuk bujur.
5.susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 min@ hingga masak.
6.untuk membuat topping,cincang coklat menjadi ketulan kecil.masak coklat cara double boiler.kacau hingga coklat cair,masukkan mentega koko dankacau lagi hingga sebati.celupkan biskut dan angkat dgn garfu.
7.letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan dgn badam cincang.biarkan coklat beku sebelum menyimpan.

TIP:cara menggaul adunan hendaklah dgn hujung jari shj bukannya menguli,untuk mengelakkan biskut jadi keras.

POPIA NESTUM

bahan-bahan:

1 bungkus kulit popia
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan gula halus(dikisar)
1 cawan nestum(dikisar)
lidi untuk menggulung
minyak untuk menggoreng
tepung gandum sbg pelekat

cara-cara:

1.gulung popia gunakan lidi sate
2.gulung hingga habis,tinggalkan 1-2cm utk gamkan dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sdikit air.
3.buat hingga habis 1 paket.
4.sementara itu ttup bkas popia yg digulung td dgn kain lembap supaya tidak kering utk memudahkan dipotong nti.
5.potong serong jarak 1-2cm.
6.goreng dgn api perlahan.
7.angkat dan toskan minyak.
8.gaulkan dgn kelapa kering,gula dan nestum.

Tuesday, April 8, 2014

BISKUT NESTUM


bahan-bahan:

3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
minyak sapi(ikut lembut)

cara-cara:

1.minyak sapi dicairkan terlebih dahulu dan sejukkan sebantar.
2.gaulkan semua bahan,kemudian masukkan minyak sapi sehingga menjadi doh.
3.teraplah dengan acuan ikut citarasa.
4.sapukan kuning telur di atasnya sblm bakar kemudian bakar pada suhu 170c sehingga masak.

BISKUT SAMPERIT

bahan-bahan:

1 cawan mentega
3/4 cawan gula halus
1 biji  telur
1 sudu teh esen vanila
secubut garam
satukan:
1 1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung kastard
1 sudu teh baking powder

cara-cara:

1.pukul mentega dan gula hingga rata.
2.masukkan telur dan esen vanila dikacau lagi hingga sebati.
3.masukkan tepung2 yang disatukan dan masukkan juga sedikit garam,gaul sebati.
4.canai dan terap dengan acuan,bakar dgn suhu 170c hingga masak.

KUIH BATANG BURUK POPIA


bahan-bahan:

utk kulit:
1 bungkus kulit popia(saiz besar)
1 biji putih telur(utk lekatkan kulit popia)
minyak untuk menggoreng

utk inti:
1/2 kg kacang hijau
1/2 gelas gula
1 paket susu tepung

cara-cara:

1.kulit popia dipotong empat secara memanjang dan menegak.
2.gulung dengan menggunakan hujung pen dan lekatkan dengan putih telur sehingga mendapatkan bentuk silinder.
3.biarkan kering sebentar dan goreng menggunakan minyak.
4.inti:kacang digoreng tanpa minyak,kemudian kisar kacang hingga halus dan ayak hingga menjadi tepung.
5.di bahagian lain,kisar gula tadi seterusnya gaulkan tepung kacang hijau,gula dan susu tepung.
6.masukkan inti yang digaul td kedalam kulit yang telah digoreng.sedia utk dihidang.

BISKUT BUAH PINGGANG

bahan-bahan:

1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 cawan cornflakes
1 cawan biskut marie
1 cawan tepung kek
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan cornflakes(topping)
1 biji kuning telur
1 biji putih telur(topping)

cara-cara:

1.pukul mentega dgn gula halus hingga kembang.
2.masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3.masukkan kesemua jenis tepung dan gaul sebati.
4.canai dan terapkan dengan acuan bentuk lapan.
5.sapukan putih telur di atasnya dan taburkan dgn cornflakes hancur.
6.kemudian bakar pada suhu 180c selama 10 minit.

BISKUT MAZOLA

bahan-bahan:

300 gram tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan kacang tanah(di goreng tanpa myk dan di blend)
1 biji kuning telur
1/2 botol kcil minyak mazola

cara-cara:

1.gaulkan tepung gandum,serbuk kacang dan gula.
2.masukkan minyak mazola sambil digaul sehingga menjadi doh.
3.setelah itu bentukkan ikut citarasa.bulat2kan pn boleh,sapukan dgn kuning telur diatasnya.
4.bakar hingga masak.

Thursday, April 3, 2014

KOLEKSI RESEPI KUIH RAYA

assalam....dh lama tak nulih resepi...maklumla penyakit m.a.l.a.s menyerang...ngee ngee..tak lama lg kita akan menyambut blan puasa..oleh kerana itu kak zah nak kongsi resepi kuih muih utk persiapan raya nti..zaman skrg semua benda naik harga..utk mnjimatkan kos meh la kita wat sndiri kuih raya..paling pnting air tangan kita tue pengikat kasih sayang...hehe..kak zah dok merepak apa ni..dh mcm nak jd motivasi plak..di bawah ni k.zah kongsikan resepi kuih raya yang menjadi feberet semua k.zah rasa..tmasukla diri kak zah sndiri...jemputla sgah blog kak zah ni ye...